FOLLOWERS

Saturday 9 May 2009

SEBELUM PROF UNDANG-UNDANG INI BERCAKAP : KITA DAH TAHU APA DIA CAKAP


Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam Sat May 09, 09 5:28:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam.

Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang dilaporkan akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut, menarik diri dan digantikan dengan Ahli Parlimen KUala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malam ini seperti di atas, Prof Aziz Bari akan mentertai forum " Matinya Demokrasi di Perak ".

Seperti biasa , PG dah tahu dari awal apa yang penasihat tak rasmi PAS ini akan cakap di forum tu. Perkataan pertamanya ialah " Tindakan kerajaan BN tak berpelembagaan, ada hidden agenda, ada tangan-tangan ghaib , tidak demokratik . ". Ini jelah yang Prof tu akan cakap. Potong jari kalau dia tak keluaarkan perkataan ini.

Tapi PG lihat tak ada satu pun ulasannya di forum-forum dan debat serta seminar yang betul. BILA mahkamah buat penghakiman tak ada satu pun seperti yang Prof ini cakap. Tak ada satu pun yang betul. Pakar apa bendanya. Otak dia dah bias dari awal lagi. Asyik-asyik hidden agenda, tak berpelembagaan. Itu je le modalnya. Tapi di kalangan penyokong PAS , gegak gempita le tepukan dan sukanya mereka dengar Prof ini bercakap.
Pakar ke hapa , satu pun cakapnya tak sama dengan keputusan mahkamah. Lihat pengantungan MB dan 6 Adun Perak contohnya. Akhirnya pendapat Prof yang tak pernah mengaku pakar perlembagaan yang betul ( Prof Dr Rani Kamaruddin : UIAM ). Begitulah selalunya. termasuk sidang bawah pokok dan banyak lagilah.

Kesian. OK . Sama-sama kita lihat lapuran harakah esok kalau tak percaya PG cakap. Itu le 100 kali Prof ini bercakap 3 ke 4 patah ayat ini aje le yang diulangnya.

Kesian.

3 comments:

  1. DIORANG NI OTAK DAH DI PROGRAM MENGIKUT SKALA ANWAR. TAK HAIRAN LAH KLU PNDAPAT MEREKA SENTIASA MELAWAN ARUS

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Salam Revolusi...

    Buat apa buat forum kalau ahli panel semua ada kepentingan politik...

    Kalau kita lihat semua ahli panel memang pakar-pakar perlembagaan tetapi ada pengaruh politik pakatan pembangkang...
    Jadi forum ini untuk mengelirukan rakyat dan menipu rakyat...
    Pada masa yang sama, fakta yang sebenar akan diputarbelitkan oleh pakar perlembagaan politik pakatan rakyat...

    Rakyat janganlah mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang...

    Terima Kasih...
    Salam..

    ReplyDelete
  3. salam tuan, saya setuju bahawa asas perjuangan pembangkang ialah sejauh mana mampu mengelirukan rakyat, sebanyak mana boleh menyelewengkan fakta, sekerap mana boleh menukarkan kebatilan kepada kebenaran begitulah sebaliknya bagi tujuan menambah sokongan...cuma apabila saya melihat kedalam, BN dan UMNO perlu segera mengatasi perkara ini terutama melahirkan pemidato dan penghujah yang mampu manimbulkan keyakinan, menarik sokongan dan memberi 'jiwa' kepada rakyat, dan ianya dilihat begitu mendesak.
    Terima kasih tuan dan saya mohon dorongan dan sokongan agar kita semua terus diberikan kekuatan untuk menyumbang demi kebaikan bersama
    TQ & salam

    ReplyDelete

PETA PELAYAR