FOLLOWERS

Sunday, 10 May 2009

SIDANG DUN PERAK : KOMEN AWANG SELAMAT




( RENUNGILAH BAIK-BAIK RENCANA INI. MUNGKIN KITA DAPAT SESUATU PENGAJARAN DARINYA )
Utusan Malaysia
10 mei 2009
( Rencana )



RAJA Nazrin terpaksa meminta Nizar agar titah ucapan baginda tidak diganggu ketika perasmiaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

MEMALUKAN, tidak beradab dan gila kuasa. Itulah antara ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu.

Kejadian penuh drama itu menyaksikan ADUN pembangkang hilang kewarasan dan emosional sehingga menjadikan suasana tegang, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lebih daripada itu, rakyat melihat insiden tersebut sebagai suatu penghinaan kepada institusi raja. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu lima jam sebelum dapat menyempurnakan majlis perasmian.

Malah pada ketika baginda hendak menyampaikan titah ucapan, pembangkang bertindak mengganggu dengan memohon untuk mengemukakan bantahan. Keadaan itu memaksa Raja Nazrin memanggil bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham merapati baginda.

Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian.

‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,”
titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

Awang menung panjang sambil memendam rasa marah dan kecewa. Belum pernah raja diganggu sedemikian dan terpaksa meminta ADUN untuk menghormati ucapan baginda. Lalu terlintas di kepala Awang, apa hendak jadi jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Anehnya ketika BN boleh menerima hakikat kehilangan kuasa sebaik sahaja tumbang di Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lalu (selain yang pernah terjadi di Kelantan, Terengganu dan Sabah), pembangkang pula bertindak sebaliknya.

Pakatan pembangkang selalu mendakwa kerajaan BN melaksanakan hukum rimba tetapi siapa yang sebenarnya yang berbuat demikian. Apakah ini budaya politik baru yang dirintis oleh pembangkang? Apakah undang-undang perlu sentiasa memihak kepada mereka dan jika tidak maka dituduh pihak lain yang salah. Dengan kata lain, mereka sahaja mesti betul, lebih berhak daripada orang lain dan mesti terus berkuasa dengan memanipulasi demokrasi untuk kepentingan politik.

Tidak menghairankan jika suasana dalam dewan yang mulia umpama acara sarkas dengan ADUN pembangkang mengkasari, menjerit-jerit dan mencaci. Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (bebas) yang berstatus Orang Kurang Upaya turut dihina kerana kecacatannya dan diancam oleh ADUN pembangkang.


Bekas Speaker, V. Sivakumar pula bersikap kebudak-budakkan enggan mengosongkan kerusi yang bukan lagi haknya. Beliau sendiri yang melacurkan undang-undang. (Tindakannya menggantung Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exco BN sebelum ini telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu).


Percayalah, senario semacam itu tidak akan dibenarkan berlaku di China, India, Singapura mahupun di negara-negara Barat.

Legitimasi atau kesahihan BN berkuasa di Perak adalah jelas dan semudah menghafal sifir untuk kanak-kanak. Pada masa ini, BN dan pakatan pembangkang masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN. Di pihak BN, UMNO memiliki 27 kerusi dan MCA satu kerusi. Pembangkang diwakili DAP (17), Pas (6) dan PKR (5).


UMNO sendiri ternyata merupakan parti tunggal yang paling banyak kerusi. Bagaimanapun, DUN yang mempunyai 59 kerusi itu kini dikuasai semula BN selepas tiga ADUN pembangkang bertindak menjadi wakil bebas dengan memihak kepada BN. Maka BN mempunyai sokongan majoriti di DUN.


Proses itu berlaku dalam lingkungan demokrasi iaitu atas kerelaan tiga ADUN itu untuk menyokong BN (disebabkan kemelut dalaman parti pembangkang sendiri), bukannya dengan melanggar undang-undang atau merampas kuasa menggunakan senjata sebagaimana terjadi sesetengah negara. Tafsirlah angka dan kronologi berlaku peralihan kerajaan itu dengan fikiran yang waras.

Sebenarnya ada isyarat yang amat menakutkan dalam kekecohan di Perak. Ia merupakan petunjuk yang kian jelas bahawa Malaysia mahu diheret menjadi negara republik sebagaimana gagasan salah satu parti dalam pakatan pembangkang.

Misi pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan gelombang ke arah republik kian ketara. Sebelum sidang DUN itu bermula, gerakan menghimpunkan rakyat atas nama One Black Malaysia sudah bermula. Di dalam blog-blog pembangkang, sentimen menolak dan menghina raja dimainkan secara liar. Siapa dalang di belakang gerakan ini semua?


Tidak susah untuk membuat telahan. Ia berkait rapat dengan parti yang sejak awal merdeka lagi mengimpikan negara republik dengan dibantu oleh pemimpin Melayu yang sangat terdesak untuk berkuasa. Sememangnya ada tangan ghaib di belakang segala gerakan menggunakan demonstrasi jalanan dan provokasi liar ini.


Mujur sambutan di kalangan rakyat dingin kerana mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan dan keadaan tidak harmoni. Berdasarkan maklumat yang Awang terima, ada cubaan untuk mencetuskan kekacauan besar dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin.

Ia antara lain bagi menggugat kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan pelbagai pembaharuan yang digerakkan.

Insiden itu memang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.

Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.

Sebab itu, Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.

Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.

Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pada Awang, pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku.


Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat. Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat. Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi.


Tanpa kita sedari itulah juga kejayaan pembangkang pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka sudah di pertengahan jalan ke arah negara republik, adakah kita mahu merelakannya?

9 comments:

  1. Ini utusan Malaysia Online....????

    ReplyDelete
  2. aku cadangkan orang yang hina sultan dipenjarakan di istana.

    mereka ini dijadikan hamba kepada sultan/raja yang dihina oleh mereka itu.

    siapa sokong? saya sokong...

    ReplyDelete
  3. penghuni gua akan terus siarkan tulisan dan artikel yang baik di blog ini. tidak kira dari sumber mana. ilmu boleh dapat di mana sahaja kalau kita tidak angkuh dan sombong . sebab itu sebahagian dari kita bodoh sombong. itu yang terlepas perak dan tangan bau tahi. kemudian marahkan orang. sebab itu jangan pandang rendah lawan dan pandangan orang lain. Penghuni Gua.

    ReplyDelete
  4. Begini lah...secara JUJUR kalau dari mula ada serah menyerah tugas secara resmi MB Tajol ke MB Nizar mungkin tiada masalah....ketika BN tewas

    Oleh kerana ada agenda tersembunyi...perkara itu tidak dilaksdanakan

    Maka sekarang terbuktilah agenda tersebut... yang dirancang begitu teliti dan menjijikan

    Timbullah perbagai isu dan insiden...tetapi
    perkara ini telah dibaca dan tentu DYMM Tuanku faham semua ini...TETAPI atas dasar tidak mahu mencampuraduk politik dengan Istana

    Lagipun perlu faham DYMM Tuanku sudah jelaskan bahawa yang DYMM Tuanku diatas politik

    Sekarang carilah punca semuanya...atau buka fikiran yang dianugerahkan Allah SWT

    Dan Allah SWT Maha Mengetahui

    Wallah Huallam

    ReplyDelete
  5. Beginilah...secara JUJUR sekiranya ada serah menyerah tugas resmi antara MB Tajol ke MB Nizar semasa BN tewas dulu....perkara ini tidak terjadi

    Oleh kerana ada agenda tersembunyi...maka perkara tersebut tidak dilaksanakan

    Kesimpulan terjadilah insiden ini dan terbuktilah agenda yang telah dirancang dengan awal tadi...

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Wallah Hualam

    ReplyDelete
  6. salam bro,

    Kepada BN dan PR. Kalau nak memang jangan menang 'cukup makan'. Tengok Kedah, Kelantan dan Penang relak je. Begitu juga Johor, Sabah dan Sarawak cool je. hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera dan kepada semua pemimpin PR.

    RE: 1 Malaysia, People First, Performance Now

    Sebenarnya apa yang Najis halusi diisi hatinya adalah;

    1) "My Malaysia"
    2) "Grab First"
    3) "Detain Now"

    Inilah yang berlaku di Perak tempoh hari (07-Mei-2009) secara langsung dan rakyat telah menyaksikan segala perbuatan UM-No/BN yang begitu rendah maruah. Rakyat Malaysia khususnya orang Perak tidak akan lupa akan perbuatan ke-lanun-nan berikutan mencabuli hak hak yang sepatutnya berada pada Ahli DUN selaku Speaker Dewan yang sah, YB V. Sivakumar.

    Marilah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau kaum bersatupadu menegakkan keadilan bersama pemimpin PR mengembalikan sistem demokrasi berperlembagaan dan berparlimen justeru mengembalikan hak hak kepada rakyat Malaysia.

    Peristiwa-peristiwa politik yang berlaku hari demi hari secara amnya oleh UM-No/BN yang menafikan hak-hak rakyat dengan cara ke-lanun-nan ada-punya baik kerana ia akan terus memperingatkan rakyat Malaysia dengan hati yang membara untuk terus menolak UM-No/BN pada masa terdekat dan di PRU-13.

    Semoga perjuangan PR dan rakyat Malaysia akan membawa perubahan positif dari segi sistem demokrasi mahupun pembangunan ekonomi negara Malaysia yang dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia.

    alvin
    10-Mei-2009_1340
    Posted by alvin_gov at Sunday, May 10, 2009 0 comments

    ReplyDelete
  8. MB Nizar tetap kecundang jikapun masih MB,

    Isu samada Dato Seri Nizar masih MB yang sah sudah tidak penting lagi kerana jika pun Mahkamah tinggi mengatakan beliau masih MB yang sah, hakikatnya beliau sudah kehilangan kepecayaan majoriti diDUN dan suatu usul undi tidak percaya oleh BN terhadapnya dapat tidak akan berjaya. Pun begitu, pada pandangan saya, Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak sememangnya memberikan Sultan Perak kuasa menyingkir (remove) mana-mana MB yang kehilangan kepercayaan majoriti jika pernmintaan MB membubarkan DUN tiada mendapat perkenan Sultan.

    Oleh kerana sidang DUN 7 Mei telah mendapat perkenan Baginda Sultan, sidang DUN 7 Mei itu (bukan bawah pokok) dikira sah dan dalam hal ini, perlantikan Speaker baru dan pembatalan usul-usul bawah pokok tersebut dengan undian majoriti tidak boleh dipersoalkan diMahkamah. Bermakna, BN telah mengukuhkan kedudukannya dalam DUN Perak dan jika Dato Seri Nizar masih MB pun, beliau akan berdepan dengan usul tidak percaya dan dalam hal ini, beliau (dan Pakatan Rayat) tetap akan kecundang.

    Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

    “(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

    (2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

    Artikel 72 hanya terpakai apabila pada mulanya sidang DUN itu adalah sidang yang sah. Dalam penggantungan MB Dato Zambry dan Exconya, apakah jawatankuasa Hak dan Keistimewaan telah terlebih dahulu mendapatkan mandat dari DUN dan kemudian merujukkan semula keputusan jawatankuasa itu kedalam DUN untuk pengesahan (endorsement) DUN?

    Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat

    Apakah titah Baginda Sultan Perak?
    Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

    Ini adalah keputusan bukan pandangan Baginda Sultan dan keputusan Baginda Sultan adalah muktamad. Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Baginda Sultan Perak tidak boleh menyingkir MB hanyalah sekadar pandangan/ pendapat beliau. Siapaun boleh memberikan pendapat namun Baginda Sultanlah yang berkuasa membuat keputusan dan keputusan Baginda Sultan bukan pandangan tetapi kuputusan atau titah – ianya sesuatu yang tidak boleh dirayu (not appealable).

    BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

    05 Februari, 2009 16:45 PM
    Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

    (petikan sebahagian sahaja)

    Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

    Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

    YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

    Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

    Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

    Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

    …once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

    Menurut Akta Interpretasi:

    ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION

    29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

    Adat pertandingan bola ialah pasukan mana yang mendapat gol lebih, pasukan itulah yang menang. Referee tidak peduli samada gol itu diperolehinya sendiri atau "dibantu" pasukan lawannya.

    Dalam DUN Perak apa yang penting adalah undian majoriti jika pun undian tersebut disokong oleh pasukan lawan atau yang sudah bergelar bebas.

    Dalam perkara yang sama, referree bertanggungjawab kepada Persatuan Bola/ FIFA -bukannya referee mengaturkan jadual perlawanan tetapi hanya sekadar "moderator" kepada perlawanan yang diadakan.

    Dalam hal yang sama, Speaker menjawab kepada Sultan bukan sebaliknya. Seterusnya, Jawatankuasa duduknya dibawah DUN dan apa-apa keputusannya hendaklah diluluskan oleh DUN yang bersidang (setelah mendapat perkenan Sultan) - ikut suka hati Speaker seperti dibawah pokok itu sebenarnya mengingkari titah Sultan.

    Apabila DUN meluluskan usul merujuk mana-mana ahli DUN kepada jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, baharulah Jawatankuasa ada kuasa, dan keputusan itu hendaklah kemudiannya dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan majoriti ADUN2 diDUN.

    Saya tidak pasti samada DUN ada memberikan mandat kepada Jawatankuasa untuk merujuk Dato Zambry dan enam exco tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Kalau adapun, keputusan jawatankuasa hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan DUN.

    Ini digantungnya dulu Dato Zambry dan 6 exconya sebelum diendoskan (dibawah pokok pula itu). Bukankah perbuatan demikian melanggar titah Sultan?

    Akhir kata, bukankah BN yang memiliki majoriti (demokrasi) dan dengan demikian hak mentadbir kerajaan negeri Perak bagi pihak Sultan?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    ReplyDelete

PETA PELAYAR