FOLLOWERS

Sunday 28 June 2009

DEBAT NIK AZIZ : TUN MAHATHIR KATA BUANG MASA !

Berita Harian
28 jun 2009


Debat hanya buang masa: Dr M

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza. "Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden. "Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Betul Tun . Memang buang masa sahaja. Pemimpin yang suka berdebat kelihatan seperti mereka yang membuat pertunjukkan di daam sarkas.

2. PG sudah komen sebelum ini mengenai debat ini dan memang membuang masa. Lihat di : KLIK

3. Dia orang ni rela tak makan 10 hari pun tak apa kalau dapat bercakap Tun. Biar mereka berdebat sama mereka sendiri. Mereka takut pulak nak berdebat tentang kerajaan perpaduan antara TGNA dengan TGHH. Tak atur pulak puak-puak ini untuk perdebatan antara mereka kalau mereka fikir berdebat itu boleh mendatangkan menafaat dan berdebat itu mengikut islam.

4. Buat le debat tu antara keduanya. Macam mana? Bagus tak cadangan PG?

2 comments:

  1. PAS kata debat dibenarkan. Diorang bagi contoh debat nabi Musa dengan Firaun!

    Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  2. firaun didalam hal ini ialah tim presiden pas nasaruddin. tgna minta dia sertai umno. Jadi ustat nasaruddin le bapa firaun. bagus le debat antara tgna dengan nasaruddin.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR