FOLLOWERS

Tuesday 23 June 2009

KPI : MENTERINYA MASIH TIDOR !


DS Najib : sebaik menduduki kerusi PM telah mengumumkan akan memantau dan membuat penilaian prestasi Menteri melalui satu kaedah yang dinamakan Key Performance Indicator ( KPI ).

2. Menteri yang dipertanggungjawab ialah YB Tan Sri Koh Tsu Koon. KPI kemudian diperkembang untuk menilai kementerian, dan jabatan. Hari bertukar ganti. Sudah hampir 3 bulan. KPI tak nampak lagi dari segi konsep apalagi tarikh perlanksanaanya. PM pernah katakan KPI Menteri-Menteri, Tim Menteri dan S/U Parlimen akan dinilai setiap 6 bulan. Ini sudah hampir 3 bulan berlalu. KPI masih belum berjalan.

3. Mengapa begitu lembab kerja Menteri yang dipertanggung jawab untuk membentuk KPI Menteri-menteri , Tim. Menteri dan SU Parlimen ini. Sehingga semalam ( Berita TV3 jam 8 malam ) Tan Sri Koh Tsu Koon masih berdalih dan mengatakan ia mengambil masa sedikit kerana setiap Menteri dan kementerian mempunyai fungsi tugas yang berlainan dan berbeza.

4. Kemudian PM maklumkan satu seminar KPI akan diadakan pada Julai 2009 bagi merangka konsep KPI.

5. Sepanjang hampir 3 bulan lepas, apa yang dibuat oleh Koh Tsu Koon? Tidor? Apa yang susah sangat untuk mengukur KPI. Buatkan KPI Menteri-Menteri dahulu barulah kembangkan KPI bagi yang lain-lain. Ini yang mustahak. Sukar sangat ke untuk merangka KPI Menteri ini? Susah sangatkah untuk mencari satu variable-variable bagi mengukur prestasi Menteri ini. Ambil Variable utama tugas setiap Menteri seperti perlaksanaan dasar, kecekapan kos, kegagalan dasar, sikap, dan beberapa variable lain yang perlu. 10 variable pun cukup buat permulaan bagi mengukur KPI Menteri ini.

6. Banyak cerdik pandai termasuk PTD-PTD di kementerian dibawah Koh Tsu Koon. Mengapa tak dikerah mereka ini untuk menrangka KPI. Kita juga ada INTAN, MAMPU, ahli-ahli akedemik bagi merangka KPI ini. Setidak pun boleh tanya Dato Zaini bekas Dato Bandar Melaka Bandaraya bersejarah yang melaksanakan KPI sepenuhnya kepada semua pegawainya dan jabatannya di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB ). MBMB ini adalah PBT terbaik selama 5 tahun dari semua segi di Malaysia.

7. Beliau pun kini bekerja di Putra jaya. Gunakan beliau. Pada PG , tak sampai sebulan, Dao Zaini ini akan menyiapkan semuanya.

8. Terlalu perlahan perlaksanaan KPI ini. Letih lah kalau begini otak PM. Perkara dah diarahkan kepada Menteri berkenaan. Maka Menteri berkenaan haruslah melaksanakan arahan PM secepat mungkin. Ini mengambil masa berbulan-bulan untuk merangkannya. Bukannya nak bina bangunan. Ia hanya tulisan. Itu aje. Sukar sangat ke. Kelulusan Phd bersepah di kalangan PTD. Gembelengkan mereka ini.

9. Koh Tsu koon sepatutnya pada 2 minggu pertama setelah PM mengarahkan KPI ini terus mengadakan seminar bagi membentuk kerangkanya. Ini terpaksa PM yang mengarahkan sekali lagi, untuk diadakan seminar. Apa ni. Menteri dan pegawai yang berkenaan tidor ke. Perkara yang sama , 2 ke 3 kali PM terpaksa campur tangan.

10. Menteri berkenaan tahu ke KPI ini atau dipermainkan oleh pegawai-pegawai dikementeriannya? KPI bersepah dan sudah lama dilaksanakan di barat. Journal-journal yang ditulis oleh sarjana barat pun bersepah. Cuma yang jadi begini kerana masih tidor atau malas. Menteri beri arahan kepada pegawai kementerian untuk membuatnya dan tidak membuat pemantauan. Menteri asyik memberi alasan susah, sukar.

11. Memang lah sukar dansusah. Jika tidak , PM tidak akan melantik seorang menteri kanan bagi menjaga KPI ini. Menteri menjaganya. Mahal gainya. Ramai pegawainya, ramai kakitangannya.

12. Dah PM arah buat seminar, baru le terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu diam lagi. Pahat! Jika tak ada tukul mana nak jalan.

13. PG berpendapat jika KPI dilaksanakan terhadap Menteri, Menteri pertama yang jalan dulu dan tidak capai KPInya ialah Tan Sri Koh Tsu Koon sendiri nampaknya..........................Ya kot?....Letih, letih. Kesian PG melihat PM kerana memiliki Menteri yang begini. Ini le yang akan memburukkan nama baik kerajaan. Lembab.

2 comments:

  1. politik penting untuk kestabilan negara jadi ayuhlah bagun wahai pemimpin,rakyat menantikan khidmat saudara

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog...

    Mungkin ini sebabnya pulau pinang tumbang di PRU12... tewas pula di Parlimen... ketuanya tido... lembab... sedarkah menteri ini .... beliau menjaga bahagian yang ditunggu oleh rakyat... Entah la... kalau begini susah la kerajaan nk bertahan...

    Atau... beliau punyai angenda sendiri... maklum la.. partinya banyak kali mengugut kerajaan ingin keluar perikatan... secara peribadi saya alu2kan... mungkin boleh menebus janji Tun Razak satu ketika dahulu...

    Terima kasih tuan blog

    perlop

    ReplyDelete

PETA PELAYAR