FOLLOWERS

Saturday 13 June 2009

PENDERHAKA MASUK PKR : TAK HAIRAN PUN !


Malaysiakini

Zaid Ibrahim masuk PKR
Jimadie Shah Othman Jun 13, 09 1:45pm

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tak hairan pun! Dan tak hairan langsung dengan langkah Zaid penderhaka Melayu ini.

2. Berada dalam UMNO/BN/Kerajaan pun beliau bertindak seperti pembangkang. Kadangkala lebih teruk dari pembangkang suara dan tindakannya. Bagus sangatlah beliau terus memperlihatkan siapa sebenarnya .

3. Dalam UMNO samada di Pusat atau di Kelantan pun suara dia bukan pun laku. Tak ada orang nak dengar pun dia bercakap. Di Pengkalan Chepa pun hanya anak bini dia aje yang dengar cakapnya. Yang lain, nak pandang pun tak mahu. Semua orang menyampah.

4. Kita semua lihat sejauh mana beliau beliau boleh pergi dalam PKR. PKR nak gunakannya sahaja. Bukan kerana beliau bagus tetapi hanya untuk mengacau UMNO / BN. Tapi PG rasakan , kalau dia bertanding sebagai calun PKR di Kellantan pun tetap kalah. Orang PAS pun takkan undinya.

5. Bagus beliau menyertai PKR. Tiada lagi duri dalam daging dalam UMNO dan BN. Juga sudah banyak kerosakkan yang beliau telah lakukan semasa menjadi Menteri dulu. Bukan rosakkan kerajaan, juga rosakkan imej orang Melayu.

6. Jadi selepas ini , PG sarankan UMNO patut berhati-hati dalam memilih calun untuk bertanding dalam PRU dan juga sebagi Menteri dan sebagainya. Silap pilih inilah jadinya. Banyak lagi yang PG lihat , pemimpin UMNO yang kecewa dan main acah-acah nak keluar. Pada PG, mereka ini patutnya ditendang aje keluar. Sifat munafik mereka ini membahayakan parti dan kerajaan.

7.Kalau ada lagi yang nak acah-acah ini , UMNO sepetutnya terus minta penjelasan dan beri kata dua samada hendak berada dalam Parti atau nak keluar. Jika masih hendak berada dalam parti, UMNO terus berikan amaran keras agar jangan ulangi cahan mereka. Naik menyampah kita diluar ini melihatnya. Contoh terbaru ialah bekas ketua penerangan Perlis. Tendang aje keluar mereka ini.

8. Kepada UMNO dan PM, jangan ulangi lagi kesilapan PM yang terdahulu yang banyak sangat melantik menteri dan Tim. Menteri dari mereka yang kalah dalam pilihanraya dan juga orang luar. Ini amat bahaya. Sokongan akar umbi dan mereka yang telah menag dalam pertandingan MT haruslah diberikan keutamaan.

9.Isyarat telah diberikan oleh perwakilan. pilihlah mereka. Kesetian mereka telah teruji. Bukan seperti spesis seperti Zaid. Alih-alih jadi Menteri. Senang aje. Akhirnya menikam UMNO dan kerajaan dari belakang.

10. Kepada BN, PM dan UMNO: jangan ulangi kesilapan seperti PM terdahulu yang tidak mendengar suara dibawah ini dan melantik mereka yang tidak diterima oleh akar umbi dan juga rakyat keseluruhannya.

11. Kepada Zaid : Di doakan semuga anda bergembira dan rancanglah dari awal untuk merubah kerajaan setelah PKR memerintah nanti. Mungkin buat perubahan yang pelbagai dan nubahlah keseluruhan kontark sosial yang telah tercatit dalam perlembagaan. Semua tak adil kontrak sosial tersebut. Jadil adilkan lah kontrak sosial tersebut. Andakan pejuang hak asasi yang unggul.!!!!!!

3 comments:

  1. buang yang keruh ambil yang jernih.maafkan segala kesalahan sahabat kita.Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang tersirat.Mungkin ada salah dari pihak kita.Teruskan perjuangan.HidupIslam

    ReplyDelete
  2. dulu masa nik aziz nak buat hudud,zaid lah manusia di kelantan yg paling lantang caci nik aziz sampaikan banyak klien zaid yang tarik balik khidmat guamannya.aku nak dgr apa pula statement nik aziz ttg zaid masuk pkr.

    mesti puji melambung...

    politik,politik....

    nyahlah kau zaid,malu aku jd sanak saudara ko..makhluk x kenang tuah...

    biarlah smua yang jadi beban dan bawa masalah pd umno dan bn keluar.tinggalkan mereka2 yg setia dgn perjuangan..Hidup Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  3. salam bro,

    Mamat tu...ada tak menambah, tak ada pun tidak mengurang.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR