FOLLOWERS

Wednesday, 6 May 2009

KEK HARI JADI ATLANTUYA : SAMM PATUT HANTAR MEMO PADA DSAI DAN KEK KEPADA SAIFUL !




Malaysiakini



kemaskini 12.20pm Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.
Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa yang mereka ini hendak? Nak sambut hari jadi ? Mengapa hantar pada PM? Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman kepada pembunuhnya. Memorandum budak-budak tak cukup akal ini hanya meminta PM ambil tindakan kepada penulis dan wartawan luar negeri. Apa ni. Bodoh dan singkat sangat ke akal mereka ni. Hak seseorang untuk ambil tindakan saman ke atas seseorang. Apa perlu mereka desak? Kalau PM dikatakan terlibat , buktikan. PM nak saman atau tidak ke itu hak PM . Hak peribadi dia. Apa perlu mereka hantar memorandum. PM nak makan atau tidak itu hak dia. PM tak makan dia lapar.

Ini analogi mudah kepada mereka yang berakal pendek di atas. Apa yangmereka sibuk samada PM nak saman atau tidak. PG pun heran. Orang pantai Timur kata , mereka jenis ini belum POK lagi otaknya.

Kalau PM nak layan saman menyaman ni, sebagai PM tak ada kerja lain lain lah. Hari-hari PM difitnah. Lihat sahaja dalam Harakah, Suara Keadilan dill. Jenuh PM nak saman. Jadi PM tak kuasa dan tak pernahh melayan bab saman menyaman ini kerana PM pun jauh fikirnya. Jika layan pemfitnah ini , maka PM pun jatuh bodoh macam pemfitnah ni. PM ada tanggungjawab lain yang lebih besar.

Jadi kepada PM jangan layan kepada mereka yang berotak singkat ni. Mereka ini tak pernah berasa susah. Lahir aje semua kepmudahan dah sedia didepan mata. Pemimpin yang mereka sanjung pun mereka tak kenal sepenuhnya. Pada PG sepatutnya mereka ini hantar memorandum ini kepada DSAI agar jangan berdalih dan mengganggu manhkamah untuk dibicarakan kes liwat nya dengan Saiful. Ini dah sah kes ada bukti yang akan dibuktikan dimahkamah.

Juga kek tersebut sepatutnya mereka hantar kepada Saiful yang diliwat oleh DSAI. Kesian budak ini kerana difitnah segitu rupa dan cuba dinafikan oleh kumpulan ini. Jadi isu yang patut diperjuangkan. Tak payah fikir wartawan luar. Isu liwat DSAI itu yang patut diperjuangkan agar Saiful dibela dengan adil. Jangan lengahkan lagi. Bulan depan harijadi Saiful. Jadi hantar lah kek sebagai sokongan kepada beliau yang menjadi mangsa dalam kes liwat yang asyik ditangguhkan kerana halangan dan taktik memperlambatkan perbicaraan.

Jadi kepada budak-budak berhingus tersebut. Banyakkkan berfikir dan bebaskan fikiran kita dari dikongkong oleh seseorang. Jadi fikiran kita tidak jumud. Kamu masih terlalu mentah kalau nak hantar memorandum begitu kepada PM. Nak tulis surat pun masih terkial-kial. PG baca juga memo mereka ini. Nak gelak pun ada. Jadi bercampurlah dengan berbagai gulungan , barulah otak kita cepat matangnya. jangan kita berpuak. Bebaskan fikiran kita.

Kepada kumpulan ini. Cepat-cepat le hantar memo kepada DSAI dan Kek harijadi kepada Saiful .

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR