FOLLOWERS

Wednesday 6 May 2009

MOHAMAD SABU DITAHAN : SEWAJARNYA LAMA DULU !

Malaysiakini

Pemimpin kanan PAS ditahan polis
May 6, 09 3:16pm

kemaskini 8.04pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.
Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sepatutnya sudah lama beliau ni ditangkap dan disumbat ke dalam kem kemunting dalam tempoh yang lama. Ada beliau diluar pun bukan boleh memperbaiki umat. Menjahanamkan lagi adalah. Kerja beliau hari-hari sejak PG kenalnya dari tahun 1987 sehingga sekarang, tak ada lain; tunjuk perasaan dan memaki hamun, memfitnah dan mencerca orang. Itu le kerja nya bila saja bangun tidor sehinggalah pejam mata tidor. Mungkin masa tidor pun mimpi dan mengigaunya pun memaki hamun dan mencerca orang.


Mungkin juga anak-anak beliau pun malu kalau tengok dan mendengar ayah mereka berceramah dengan memfitnah dan memaki hamun orang. Tapi apa nak buat, dah ayah.

Berkenaan dengan tangkapan ini, dari satu segi bagus dan sepatutnya dah lama dilakukan bagi kepentingan pembangunan insan di Malaysia. Inilah perosak agama dan bangsa . Kalau yang bukan islam mendengarnya berceramah maka tentu orang bukan islam takut nak masuk islam. Kerana pada pandangan mereka semua orang islam mungkin bersikap dan bercakap hari-hari begini.

Keduanya jika dipandang dari segi politik, ia akan menguntungkan politik Mohamad Sabu sendiri kerana ini akan beri kredit kepadanya untuk bertanding jawatan Tim. Presiden Pas pada muktamar agung PAS tidak lama lagi. Mungkin beliau akan menang berdasar undi simpati. Biasalah . Positif salah.

Tapi jangan lupa : PG pesan pada PDRM, sediakan tempat dia nak sembahyang hajat jam 630 esok dalam lokap polis. Nanti jadi isu pulak. Biar dia sembahyang hajat puas-puas. Dan sediakan juga culculator , agar senang ia mengira berapa hajat dia yang telah ditunaikan oleh Allah berdasar sembahyang hajatnya, dan berapa yang tidak ditunaikan Jadi senang untuknya memikirkan jika banyak yang Allah tak tunaikan . Faham dan biar dia insaf apa isyarat yang Allah berikan.


Allah berikan petunjuk kepada manusia ni dengan berbagai cara dan kaedah. Jadi berfikirlah kita dengan baik dan bebas. Tak perlu belajar tinggi-tinggi untuk melihat dan memahami perkara ini.

Semuga dengan penagkapan dan penahanan ini , sidang DUN Perak akan berjalan dengan aman dan tak ada rakyar dan penyokong yang tak tahu apa-apa ini menerima nasib yang buruk kerana dipergunakan oleh pemimpin mereka.

Perhatikan juga pemimpin dan pengacau yang lain. Yang sembunyi tangan terutamanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR