FOLLOWERS

Wednesday 6 May 2009

KRISIS PERAK : NIZAR DISINGKIR , HUJAH PEGUAM NEGARA


Pandangan Prof Madya Dr Rani Kamaruddin
UIAM

Hujah Peguam Negara Dato Seri Mohd Nizar disingkir...

Hujah Peguam Negara Dato Seri Mohd Nizar disingkirkan (removed) mengikut Undang2 Tubuh Negeri Perak?

Maka elok kita lihat Atikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak.Artikel XVI (6)

Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Artikel 16 (6) digelar Perak ConstitutionIf the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet.

Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet.

This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-

undang/=====================================================http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090505144233/Article/index_htmlNizar tidak dipecat, sebaliknya disingkirkan: Gani

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak. Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

===================http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=408825May 05, 2009 15:05 PM

Nizar Removed Due To Lost Of Majority Confidence

IPOH, May 5 (Bernama) -- The Sultan of Perak had never sacked Datuk Seri Nizar Jamaluddin as Perak Menteri Besar as his removal from the office was lawfully made under article 16 (6) of the Perak Constitution due to his lost of majority confidence, the High Court here was told today.--

BERNAMA ======================================BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=38786805 Februari, 2009 16:45 PM

Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.



Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

1 comment:

  1. But the constitution expert, Prof Shad farouki said in a live TV program, Hujjah on TV9 during the Bukit Gantang election mentioned that "the confident of the majority of the members of the Legislative Assembly must be conducted in the DUN, not even in the palace.." thus Nizar is still the legal MB of Perak. and PR and BN is consists of 28 ADUNS each with 3 more aduns are bebas.. and their positions are still under desputes... so the best way is to bring back to the people of Perak or unity government between PR and BN (not between PAS and BN) till next election.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR