FOLLOWERS

Monday 11 May 2009

MB PERAK : ZAMBRY KALAH KATA YAA HAKIM

Lambat sikit Update hari ini mengenai isu ini kerana baru balik menunggang kuda bernama mamijane petang tadi. Habis juga le 15 km. Senak juga punggung. .............

Malaysiakini
Hafiz Yatim May 11, 09 3:45pm

kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : BN kena terima keputusan ini sepenuhnya dengan berlapang dada. Pertikaian telah terurai. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka yang menang itu. Kosongkan segera pejabat MB Perak. Biasalah. Dah kalah kita berundur.

Keduanya, Ini belum muktamat. BN masih boleh guna saluran undang-undang/ mahkamah. Boleh buat rayuan di mahkamah Rayuan atas keputusan ini. Teruskan dan segerakan usul rayuan ini.

Kepada PR dan penyokongnnya, nak juga tanya sikit . Boleh ke ? Dengan keputusan YAA Hakim ini, adakah anda semua boleh terima ke keputusan YAA Hakim ini. Dulu kamu juga kata tak boleh percaya mahkamah dan tak boleh percaya YAA Hakim. Bagaimana dalam hal ini. Boleh percaya ke kamu semua pada YAA Hakim dan keputusan YAA Hakim berkenaan?

Tetapi bagi yang hipokrit dan yang tertutup mindanya, akan menerima sepenuhnya keputusan ini dan memuji YAA Hakim dan mahkamah ini kerana keputusan tersebut menyebelahinya. Jika le keputusan YAA Hakim hari ini , menyebelahi YB Dato Zambry, alamatnya, berbaring atas jalanraya pulaklah. Ramai pulalah gila meroyannya. Penuh hospital Ipoh dan Tg . Rambutan dengan pesakit meroyan. Jenuhlah ambulan pergi balik dan ambulan JPA3 pergi balik mengangkat pesakit atas jalanraya di KL dan Ipoh.
Haru biru le agaknya keadaan jika jadi demikian.
Pastinya mereka akan kata YAA Hakim rasuah, UMNO/BN dah beli YAA Hakim, Hakim konspirasi, dan lain-lain. Biasalah. Merak semua pandai bercakap dan memfitnah. Lihat le nanti. Panjang lagi cerita. Ini baru bab MB..........................
Apapun, BN kena terima keputusan ini dan segerakan proses rayuan.

Nota : Jika kalah juga rayuan, kerajaan PR pun tak kemana. BN masih ada majoriti di DUN. Jadi boleh usulkan undi tidak percaya. Speaker masih Speaker BN ( YB Ganesan ). Apa susah. Kalau esok Nizar masuk pejabat MB. Esok juga Speaker Ganesan panggil sidang DUN dengan perkenan DYMM. Dah panggil sidang, maka buatlah usul undi tidak percaya. Maka bungkus le juga kerana Nizar dan kerajaannya tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri.

Juga sekiranya Nizar mengadap DYMM nak bubar DUN , PG pasti DYMM tidaak akan bersetuju. Paling tidak pun DYMM titahkan adakan sidang DUN segera dan buat usul undi tidak percaya. Bungkus juga Nizar dan PR.

Juga sekira, dalam keadaan luar jangka, DUN bubar juga ( tak mungkin berlaku ) maka piliharaya akan dibuat. DAP akan letak calun melayu untuk kerusi DAP. Jadi bila PR menang pun, MB Melayu DAP juga yang akan jadi MB. Bukan Nizar lagi. Meroyan juga orang PAS dan PKR. Ingat DAP bodoh ke.
Kome semua kena main dan kena tipu aje le.

Lihat juga pendapat : Prof Dr Rani Kamaruddin : UIAM, yang mengatakan bahawa jika Nizar menang hari ini pun ia sudah menjadi akedemik dan tetap kecundang juga. KLIK

Penghuni Gua : Panjang lagi kisah Perak ini. Banyak lagi ruang undang-undang yang masih terbuka luas. Cuma PR memang berusaha keras nak bubar DUN kerana mereka akan kalah di dewan. He he he he he .................biasalah. Bawah kalu ok. Atas kalu siap le.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR