FOLLOWERS

Tuesday 2 June 2009

KEMATIAN PENJENAYAH TILAK : KENYATAAN BODOH DAN TANPA USUL PERIKSA YB MANI !


Berita Harian
2 jun 2009
Polis tempelak Manikavasagam

PORT DICKSON: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, menempelak seorang Anggota Parlimen pembangkang kerana menyalahkan polis berhubung kematian seorang suspek pecah rumah pada 30 Mei lalu sedangkan polis tidak ada kaitan dengan kematiannya. Polis juga menolak dakwaan kematian itu sebagai kes S Kugan kedua dan dakwaan keluarga S Tilak, 27, bahawa polis lambat menghantar mangsa ke hospital.


"Inilah akibatnya apabila ahli politik campur tangan dan enggan meminta penjelasan daripada pihak berkuasa," katanya di sini, semalam bagi mengulas dakwaan Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam, daripada Parti Keadilan Rakyat, dalam blognya, kononnya polis menganiayai Tilak ketika lelaki itu menjadi tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Inulah yang terjadi sekiranya seorang YB berfikir seperti orang bodoh dan ingin menjadi juara kepada seorang penjenayah. Ini juga semuanya kerana beliau mengamalkan gaya politik murahan.

2. Mereka ini masih lagi tidak mengambil pengajaran kes penjenayah Kugan di mana akhirnya berbagai kesulitan yang dihadapi oleh pihak berkuasa untuk menentukan punca kematian penjeyah Kugan. Sehinggga kini kes Kugan tergantung gara-gara serbuan ke bilik mayat dan menganggu bahan bukti.

3. YB Mani ini tanpa usul periksa telah mengeluarkan kenyataan di blognya bahawa Kugan kedua telah berlaku di mana mendakwa kematian penjenayah ini dilakukan oleh pihak polis. Hal sebenarnya adalah berlainan.

4. Penjenayah Tilak ini di tangkap oleh orang awam ( bangsa India juga ) semasa melakukan jenayah pecah rumah. Kemudian semasa tangkapan penjenayah ini dipukul oleh orang ramai dan kemudian di bawa ke balai polis oleh mereka dan menyerahkan kepada pihak polis. Melihat kecederaan kepada penjenayah ini, polis telah hantar ke hospital dan sebaik sampai di hospital, penjenayah ini disahkan mati.

5. Menurut blog YB bodoh ini, dan tanpa usul periksa dan juga tanpa merujuk kepada pihak polis , telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjenayah ini dipukul oleh pihak polis berpakaian preman. Berita lanjut : KLIK

6. Sekarang terbukti bahawa orang India juga yang telah memukul penjenayah ini sehingga mati dalam semasa dalam proses menangkapnya. 2 lelaki India yang telah menyerahkan penjenayah Tilak ini kepada polis telah ditangkap oleh polis kerana disyakki menyebabkan kematian penjenayah ini. Siasatan masih diteruskan.

7. Kepada PG, ini semua menampakkan kebodohan dan dangkalnya tindakan seorang yang bergelar YB. Sekarang mengapa YB ini berdiam diri apabila sudah mengetahui hal sebenar bahawa 2 lelaki India yang telah menyebabkan kematian penjenyah ini . Apa tindakan YB bodoh ini kepada 2 lelaki India ini. Mengapa tidak menunjuk perasaan di hadapan rumah 2 lalaki India ini yang telah menyebabkan kematian penjenayah ini.

8. Mengapa tidak paparkan gambar 2 lelaki india ini di blog mereka apabila mengetahui bangsa india juga yang terlibat dalam kematian penjenyah ini? Mengapa ia tidak di war-war? Apa pendirian YB Bodoh ini sekarang ?

9. Tiada. Kerana semua tindakan YB inilah adalah atas dasar perkauman dan politik sempit dan atas dasar politik murahan. Beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan dan mengutuk 2 lelaki India yang telah menyebabkan kematian penjenayah ini. Beliau juga tidak akan mengeluarkan kenyataan untuk memuji tindakan 2 lelaki ini. Juga tidak juga mengeluarkan kenyataan agar pihak polis cepat membebaskan 2 lelaki india ini. Hanya berdiam diri.
10. Inilah cara seorang YB yang perkauman dan berpolitik sempit.

11. Kepada PDRM : Ambil tindakan undang-undang ke atas tulisan YB ini , berdasarkan tulisannya di blog tersebut di bawah jenayah Fitnah. Tutup mulut YB dangkal ini dan jangan sesekali diamkannnya. Ajar ahli politik yang sebegini.


Juga tindakan YB ini telah menghasut orang ramai berkumpul didepan rumah mayat Seremban. Jadi ambil juga tindakan ke atas YB ini jika ia terlibat dan menjadi punca kepada tindakan orang ramai berkumpul di depan rumah mayat seremban. Berita lanjut : Baca Agenda Daily

1 comment:

  1. Inilah akibatnya bila memilih pemimpin BODOH sebagai Wakil Rakyat. Masalah Kerajaan kerana tidak mengambil tindakan undang-undang. Kes seperti ini Kerajaan (PDRM)perlu bertindak, ambil tindakan saman malu supaya perkara begini tidak berulang lagi. pembangkang sudah ambil kesempatan daripada isu ini. Sekarang dan makin lama makin susah untuk Rakyat mempercayai PDRM dan Kerajaan. Bertindak segera!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR