FOLLOWERS

Tuesday, 2 June 2009

STDAIUM RUNTUH : SPRM PERLU BERTINDAK SEGERA

Berita Harian
2 jun 2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, yang baru setahun digunakan, runtuh jam 9.30 pagi tadi. Runtuhan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi sebuah kereta dan empat motosikal yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap. Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi kawasan grandstand termasuk pentas diRaja. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : SPRM perlu bertindak segera atas kejadian ini. Siasat adakah ujud penyelewengan atau penipuan oleh pihak kontraktor dari segi kualiti bahan binaan dan kandungan serta ukuran bahan binaan.


2.Adakah pembinaan ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


3. Yang runtuh adalah bumbung dan juga Grandstand ( termasuk tempat duduk Di Raja dan VIP ). Mungkin kualiti dan kandungan bahan binaan tidak mengikut sukatan yang ditetapkan. Jadi siasat juga dari segi mungkin ujud unsur penyelewengan dan juga unsur rasuah terhadap kontraktor dan juga pegawai / jurutera yang memeriksa dan meluluskan bahawa stadium ini selamat untuk digunakan.


4. PG pernah melawat dan melihat secara dekat Stadium ini semasa sedang dalam pembinaan dan juga apabila ia disiapkan. Mutunya menang teruk dari segi luaran. Iaitu buatan dan sentuhan kerja simennya amat kasar dan sakit hati kita melihatnya.


5. Berbandang dengan pembinaan Shah Alam dan juga bangunan-bangunan di Putra jaya, PG lihat stadium ini amat menyakitkan hati. Kalau di waktu siang kita boleh lihat kasarnya sapuan simen dan konkrit di dinding luarnya dan juga berkeadaan tidak selari dan sama.


5. Senarai hitamkan juga kontraktor yang terlibat daan ahli lembaga pengarahnya jika berkaitan jika didapati berlaku penyelewengan dan unsur jenayah di dalam pembinaan stadium ini.


6. Selain itu, PG cadangkan juga, semua kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan oleh kontraktor ini di lain-lain tapak projek kerajaan yang diperolehinya haruslah serta merta dihentikan kerana mungkin kualiti yang sama dibuat ke atas binaan yang sedang berjalan. Jadi pihak yang berkaitan haruslah memeriksa terlebih dahulu tentang kerja-kerja pembinaan yang masih dijalankan oleh kontraktor ini dilain-lain projek agar perkara seperti keruntuhan stadium ini tidak berulang di projek yang dijalankan oleh kontraktor yang sama.


7. Runtuhnya stadium ini jika dipandang sekali imbas sebagai orang yang bukan profesional ialah ia melibatkan struktur yang dibina ( grandstand) dan juga mungkin dari segi reka bentuk bumbung yang kurang baik yang juga telah melemahkan struktur besinya. Juga mungkin kerana penyelewengan yang dilakukan oleh berbagai pihak dengan menggunakan bahan yang kurang berkualiti atau juga mungkin berlaku rasuah.


8. SPRM : segerakan tindakan. Pakar profesional dalam bidang berkaitan dan juga pakar forensik bahagian konkrit perlu dilibatkan sama agar pihak yang bertanggungjawab menerima hukumannnya. Kejadian ini melibatkan rantaian sebab musabab. Jadi siasatlah. Ia tidak terjadi dengan sendirinya................Jangan salahkan hujan, angin dan Tuhan.....................

1 comment:

  1. agak-agak la nak menipu kalau nak untung banyak sekalipun. hal ni boleh mengakibatkan nyawa hilang dan merosakkan imej kontraktor binaan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR