FOLLOWERS

Saturday 9 May 2009

SEKARANG MASA BERTINDAK BUKAN LAGI AMARAN !


Sejak 2 ke 3 tahun kebelakangan ini berbagai peristiwa berlaku di dalam negara kita. Satu demi satu krisis dan isu dibangkitkan. Ia lebih ketara setelah PRU ke 12 , di mana BN hilang sedikit kuasa di dalam pemerintahan.
Lebih kemaruk lagi setelah kerajaan di bawah pemerintahan Tun Abdullah menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Pejalanan Pasukan Polis. Sejak itu Polis dan kerajaan di serang dari segenap sudut oleh berbagai pertubuhan dan orang persaorangan dalam berbagai isu. Ini juga berpunca kerana PDRM telah dianggap lemah oleh pengkhianat-pengkhianat ini.


Cara nak lemah dan jatuhkan kerajaan ialah dengan melemahkan PDRM. Mereka tahu, inilah tunjang kepada kekuatan kerajaan. Jadi dengan melemahkan pasukan ini dengan memburukkannya secara berterusan maka kerajaan semakin lemah. Kesempatan ini terus terbuka luas apabila Tun Abdullah menubuhkan suruhanjaya di atas. Pucuk dicita Ulam mendatang. Sejak itu gulungan ini semakin besar kepala termasuk beberapa puak di dalam kerajaan ( parti komponen ).

Amaran demi amaran di keluarkan oleh pemimpin kerajaan kepada semua pengkhianat-pengkhianat ini. Menteri Dalam negeri bertukar ganti. Juga yang dibuat oleh Menteri adalah memberi amaran lagi. Amaran dan terus memberi amaran dan amaran keras. Kecaman keras dan berbagai lagi le.


Tindakan tiada. Kalau ada pun tindakan seperti melepas batul ditangga. PDRM ambil tindakan, ada pihak yang melepas dan membebaskannya. Tangkap ISA, tak sampai 24 jam dibebasakan.

Bila lagi pusingan ganas dan sindrom memberi amaran keras ini akan berhenti.


PG memang tabik kepada Dato Hishamuddin Mneteri Dalam Negeri. Seingat PG, inilah satu-satunya menteri yang sejak dulu tidak pernah mengecam pihak polis baik samada di dalam parlimen atau diluar parlimen. Malah beliaulah yang selalu membela PDRM sepanjang masa. Ini termasuk Pemuda UMNO yang dipimpinnya.

Tidak pernah beliau dan pemuda mengecam PDRM setiap masa dan ketika. Mempertahankannya ada. Setiap masa beliau dan pemuda UMNO mempertahankannya. Untuk itu PG memberi penghormatan kepadanya dan Pemuda UMNO.


Walau bagaimana pun harapan PG , selepas ini, tiada lagi amaran dan amaran keras diberikan kepada pengacau dan pengkhianat ini. Kepada Dato Hishamuddin, ambil lah tindakan keras secara berterusan jika mahu negara kita aman dan tenteram. Rakyat dah semakin resah dan keresahan ini meningkat setiap hari.


Kepada Dato Hisham, ambil lah tindakan. Bukan masa untuk beramaran lagi. Hentikan semua kekalutan ini. Biarlah anak-anak kami membesar dengan mendapat contoh yang baik. Ini setiap hari , anak-anak kami melihat dan dengar berbagai perkara yang tidak sepatutnya mereka lihat dan dengar dari suara orang dewasa yang terdiri dari pengkhianat dan perosak negara ini.
Malaysia negara yang telah sempurna undang-undangnya. Cukup lengkap undang-undang dan peraturannya . Seingat PG, tyerdapat lebih dari 800 akta , undang-undang dan ordinan yang berkuatkuasa di Malaysia pada masa ini. Jadi cukuplah kita bercakap dan beramaran. Sekarang masa untuk kita bertindak.

Jika dilihat berlaku kesalahan oleh perosak-perosak ini, tindakan wajib diambil secara terus dan dipercepatkan. Jika tiada lapuran ( ini yang selalu diberikan ) , PDRM atau mereka yang berkuasa boleh membuat lapuran pertama. Lapuran akhbar juga boleh dijadikan sandaran untuk pihak polis bertindak sebagai maklumat pertama. Cukup peruntukkan di dalam undang-undang. Cuma masa untuk bertindak sahaja.


Jika masih beramaran, maka keadaan ini akan berterusan dan kepala mereka ini akan bertambah besar.


Kerajaan bimbang tidak popular ? Biarkan. Keselamatan dan kepentingan rakyat dan negara adalah keutamaan teratas. Jangan bertolak ansur atas perkara ini.


Perkara terakhir : Jangan FLIP FLOP lagi dalam semua tindakan dan keputusan. Hantar dan beri isyarat yang betul kepada perosak dan pengkhianat-pengkhianat ini.
Bertindak segera.


Utusan Malaysia
9 mei 2009

Cara PDRM, FRU kawal sidang dipuji

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menampilkan disiplin tinggi ketika ditugaskan menjaga keselamatan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pasukan itu bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dari siang hingga malam bagi memastikan mesyuarat pertama penggal kedua DUN Perak berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang kekecohan.


"Saya bangga dengan disiplin yang ditunjukkan anggota dan pegawai pasukan keselamatan itu... bukan mudah untuk menjamin keselamatan orang ramai, terutama ketika berlakunya sesuatu isu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah atas kecemerlangan ini. Penghinaan terhadap anda dari perosak bangsa ini, abaikan sahaja. Sebahagaian besar rakyat Malaysia masih menyanjungi anda. Apa pun yang mereka hina, anda tetap anda. Anda adalah tulang belakang kepada ketuanan negara ini. Ini yang perlu disematkan di kepala setiap lapisan pegawai dan anggota anda.

1 comment:

  1. salam,

    tahniah dan terima kasih kepada PDRM dan FRU serta Ketua Polis Negara yang bekerja keras mengawal keamanan negara

    ReplyDelete

PETA PELAYAR