FOLLOWERS

Wednesday 28 October 2009

SIDANG DUN PERAK : SIAPA SPEAKER HARAM?




11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan:

"1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin.

Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".Nizar meminta izin untuk berkcap, tetapi pembesar suaranya ditutup.Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan." Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Jawapannya ialah .....Sivakumar lah speaker haram. Mahkamah telah sahkan. Lihat keputusan mahkamah yang lepas seperti di bawah :



PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

"Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

"Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah," kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar memfailkan permohonan untuk membuat rayuan, yang dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan, Khamis ini.

Hakim Zainun, dalam penghakimannya, berkata Sultan Azlan Shah adalah betul untuk mengadakan inkuiri bagi mengesahkan beberapa fakta dan untuk menilai kedudukan politik dengan betul sebelum memutuskan sama ada untuk memperkenan atau menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dalam hal ini, ia mungkin kurang bijak bagi Baginda untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada fakta. "Sebagai contoh, jika Baginda mendapati isi kandungan tiga pucuk surat daripada tiga Adin (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak mencukupi untuk menentukan bahawa Nizar hilang majoriti, baginda boleh, dalam melaksanakan prerogatif dan budi bicaranya, mendapatkan penjelasan mengenai fakta yang terkandung di dalam surat daripada ketiga-tiga Adun itu," katanya.

Oleh itu, beliau berkata keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Azlan Shah tidak layak untuk menemubual beberapa Adun pada 5 Februari untuk menentukan siapa yang menguasai dewan itu adalah jelas salah. - Bernama

2 comments:

  1. SLM BRO..KLU CKP DGN BABUN2 NI MANA DIORANG NAK DGR. DIORANG PAKAI UNDANG2 HUTAN. SI NIZAR KATUN TU JADI TARZAN, SI ANEY PLAK JADI CHEETA, SI NGAH NGEH NGOK TU TUKANG CANANG. MOLEK SGT LA TU HEHEH

    ReplyDelete
  2. tak pe bro.....biar rakyat Perak tengok puas-puas gelagat pemimpin-pemimpin mereka. Belajo betul-betul sebelum periksa dalam PRU ke 13.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR