FOLLOWERS

Wednesday 6 January 2010

KALIMAH ALLAH 7 : BACALAH KENYATAAN RESMI DARI SEORANG PELIWAT AGAMA !


Dipetik dari Blog : Dato Seri Anuar Ibrahim
05 Jan 10


–Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.


Dr. Muhd Nur Manuty
PengerusiBiro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

Penghuni Gua : Baca dan nilailah sendiri pandangan dan penjelasan pelacur agama ini. Semuanya dah mula cakap berlapik-lapik. Kerana politik , semua boleh dan diliberalkan. Boleh jalanlah DSAI dan PKR. Hukuman di PRU13 akan menanti anda. Gelombangnya dah mula.

2. Nak dengar juga kenyataan orang yang paling liberal di Malaysia iaitu Zaid Ibrahim.

4 comments:

  1. Kalau orang Kristian nak guna Masjid untuk bersembahyang, tentu Anwar akan benarkan juga kerana orang Kristian itu menyembah Allah jua.

    ReplyDelete
  2. anwar tetap anwar. dia tidak akan berubah atau berganjak dengan pendiriannya. . inilah contoh calon yang hendak menjadikan MAlaysia sebagai republikan. . mampusla ko anuwar!

    ReplyDelete
  3. salam,

    hal ni ada baik dan buruknya, kalau negara timur tengah istilah Allah diterima semua, jika berbalik kpd sirah nabawiah...abu jahal dan pngkutnya turut menggunakan istilah Allah untuk bersumpah cuma mereka tidak beriman dan tidak peroleh hidayah saja. Perlu dibuat banyak rujukan sebelum menilai, elak kedangkalan pemikiran.

    berhati2 apabila berkata soal syariat seperti solat kerana solat adalah salah satu syariat dalam Islam, jgn dipersenda2kan ikut hati dan rasa.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. satu agenda IFC artikel 11
    Hakim dah buat keputusan
    Ulama masih khilaf
    Majlis Fatwa Kebangsaan Putus tidak benarkan
    MAjlis Agama Islam Negeri2 tidak dibenar mencelah
    begitu juga NGO China Islam SeMalaysia tidak dibenar mencelah
    rayuan ...
    Triniti di Sarawak dan Sabah guna Bible Indonesia
    Jadi ade ke Katolik nak minta diterbitkan pula Bible terjemahan Bahasa Malayisa... mungkin selepas ini

    ReplyDelete

PETA PELAYAR