FOLLOWERS

Thursday 7 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN ENGGAN BERTUKAR TEMPAT TUGAS / BUANG KERJA JKR !


[1995] 3 MLJ 112
Re Sarjit Singh Khaira
Case Details:

Malaysia

Judges Abdul Kadir Sulaiman J

Date 7 JULY 1995

Citation [1995] 3 MLJ 112


Catchwords:

Public Servants — Dismissal — Senior accounting officer from executive and sub-professional group — Refusal to comply with transfer order issued by Sarawak State Secretary — Investigation and dismissal proceedings by Sarawak Public Services Commission — Whether State Secretary had power to transfer — Whether Public Services Commission acting without jurisdiction — Sarawak State Constitution art 36(1) — Government of Sarawak General Orders O 69 — Public Services Commission Rules 1964 r 26(2)

Administrative Law — Exercise of administrative powers — Dismissal from service — Failure to comply with transfer order issued by Sarawak State Secretary — Whether State Secretary had authority to issue order — Whether Public Services Commission rightfully dismissed applicant — Whether ultra vires — Sarawak State Constitution art 36(1) — Public Services Commission Rules 1964 r 26(2)

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Application for other consequential remedies in another pending suit — Whether a bar to grant of certiorari — Effect of certiorari is to reinstate applicant — Whether applicant must obtain court order declaring decision void before applying for certiorari — Rules of the High Court 1980 O 53

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon merupakan seorang pegawai kanan perakaunan yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya (‘JKR’) di Kuching. Melalui suatu surat bertarikh 28 April 1987 (‘perintah pertukaran’), Setiausaha Negeri Sarawak telah mengarahkan supaya pemohon bertukar ke Bahagian Perbendaharaan di Limbang, dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh surat tersebut. Pemohon telah merayu kepada Setiausaha Negeri terhadap keputusan itu tetapi rayuan beliau telahpun ditolak.

Beliau membuat rayuan keduanya, tetapi tidak menerima apa-apa jawapan. Walau bagaimanapun, pemohon memutuskan untuk terus bekerja di JKR, Kuching dan Setiausaha Negeri telah melaporkannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak (‘SPA’). SPA kemudiannya telah melantik suatu jawatankuasa untuk menyiasat kelakuan pemohon, mengikut k 26(2) Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (‘Kaedah itu’). Selepas mempertimbangkan laporan jawatankuasa itu, SPA pun memutuskan bahawa salah laku pemohon adalah cukup serius untuk menjustifikasikan pemecatan pemohon daripada perkhidmatan awam, menurut Perintah 69 Perintah-Perintah Am Kerajaan Sarawak (‘Perintah Am’), dan memerintahkan pemecatan beliau berkuatkuasa dari 1 Januari 1989 (‘perintah pemecatan’).

Pemohon tidak berpuas hati lalu memohon untuk suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah pemecatan tersebut, atas alasan, antara lain, bahawa SPA telah mengambil tindakan terhadap beliau tanpa bidang kuasa. Sebaliknya, adalah dihujahkan bagi pihak SPA, antara lain, bahawa mahkamah tidak harus membenarkan certiorari kerana: (i) pemohon mempunyai dua guaman untuk ganti rugi yang belum selesai terhadap Kerajaan Negeri Sarawak dan SPA, dan oleh itu, beliau harus dibiarkan untuk meneruskan remedi tersebut (ii) kesan pemberian certiorari adalah untuk mengembalikan semula pemohon ke jawatannya; dan (iii) perintah pertukaran itu tidak diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Perintah 40(1) Perintah Am nampaknya telah memberikan Setiausaha Negeri kuasa untuk menukarkan hanya pegawai pentadbiran, pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Sarawak dan pegawai Perkhidmatan Perkeranian Am dari suatu bahagian kepada bahagian yang lain, dan bukannya pemohon, yang merupakan seorang pegawai kanan perakaunan dari kumpulan eksekutif dan sub-profesional.

(2) Cara tunggal supaya Setiausaha Negeri dapat memindahkan pemohon secara sah ialah melalui suatu arahan bertulis oleh SPA yang mewakilkan kuasa yang berkenaan kepadanya. Ini adalah kerana menurut fasal 36(1) Perlembagaan Negeri Sarawak (‘Perlembagaan’), kuasa asal untuk menukar pegawai awam terletak pada SPA. Tanpa kuasa perwakilan secara nyata ini, perintah pertukaran oleh Setiausaha Negeri itu tidak boleh menjadi suatu perintah yang sah. Adalah tidak relevan bahawa SPA telah bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Setiausaha Negeri selepas pengeluaran perintah pertukaran itu.

(3) Kuasa untuk menjalankan kawalan tatatertib terhadap ahli-ahli perkhidmatan awam negeri adalah terletak pada SPA mengikut fasal 36(1) Perlembagaan. Walau bagaimanapun, jika perintah pertukaran itu tidak sah, adalah jelas bahawa SPA bertindak di luar bidang kuasanya dalam pemecatan pemohon. Ekoran itu, kegagalan pemohon untuk mematuhinya tidak akan menarik peruntukan Perintah 69 Perintah Am yang mana perintah pemecatan itu dilandaskan.

(4) Walaupun SPA cuba mewakilkan kuasanya kepada Setiausaha Negeri untuk menukarkan pemohon bagai pihak SPA melalui suatu suratcara perwakilan yang dinyatakan mempunyai kesan retrospektif, suratcara tersebut telah ditarikhkan selepas tarikh perintah pertukaran. Suratcara itu tidak boleh diberikan kesan retrospektif kerana ini akan menjejaskan hak substantif pemohon, jadi, ia tidak boleh meratifikasikan perintah pertukaran yang tidak sah itu.

(5) Di bawah kaedah 26(1)(b) Kaedah itu, SPA dikehendaki mengaturkan penyiasatan awal sebelum membuat sebarang pertuduhan terhadap pemohon. Walau bagaimanapun, oleh kerana SPA tidak memuaskan dirinya bahawa perintah pertukaran itu adalah sah sebelum memulakan prosiding pemecatan tersebut, SPA telah bertindak secara ultra vires dan tanpa bidang kuasa.

(6) Di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, mahkamah hanya boleh memberikan perintah certiorari kepada pemohon, dan bukan relief berbangkit seperti ganti rugi atau deklarasi tidak seperti A 53 Rules of the Supreme Court 1965 di England. Maka, adalah terbuka bagi pemohon di dalam kes ini untuk mendapatkan remedi berbangkit yang lain di dalam dua guaman yang belum selesai lagi tersebut.

(7) Lebih-lebih lagi, walaupun kesan certiorari itu adalah untuk mengembalikan pemohon ke jawatannya, tidak ada autoriti yang menunjukkan bahawa ini adalah satu alasan untuk tidak memberikan certiorari.

(8) Tidak menjadi suatu prasyarat bahawa pemohon mesti mendapat suatu perintah mahkamah bahawa perintah pertukaran itu adalah tidak sah sebelum beliau boleh membawa permohonan ini untuk certiorari.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca, pelajar dan kakitangan awam serta badan berkanun dan pekerja swasta dalam mengetahui hak mereka semasa berkhidmat. Tq

2 comments:

  1. Salam tuan,
    Mohon blog ini di-link-kan dari blog tuan - http://perkasapahang.blogspot.com
    Terima kasih,
    Admin. Perkasa Pahang
    @ bh

    ReplyDelete
  2. BOLEH. TAPI BAB LINK INI SAYA TAK MAHIR. NAK BUAT MACAM MANA TAK TAHU. DAH RAMAI JUGA YANG MNINTA BUAT. TAPI SAYA LETAKKAN BLOG ANDA DI MY BLOG LIST SAYA.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR