FOLLOWERS

Friday 1 January 2010

NAMA ALLAH : KHALID SAMAD SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH , TAHNIAH KHALID !


Harakah Daily


SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah YB, tahniah YB Khalid. Tahniah. Liberalnya islam anda sehingga anda lupa bahawa perlembagaan negara melarang penyebaran agama lain kepada masyarakat islam. Dengan ALLAH boleh diguna oleh Kristian , adakah Khalid tidak berfikir ini akan mengelirukan umat islam dalam jangka panjang? Bukan semua umat islam / melayu yang kuat pegangan agamanya? Berapa ramai sudah melayu di kristiankan. Mengapa hal ini YB tidak perjuangkan?

2. Mengapa sebelum ini , kristian di Malaysia tidak mengunakan perkataan Allah? Mengapa tiada kristian di negara lain di dunia ini menggunakan perkataan Allah? Mengapa baru sekarang mereka menggunakan perkataan ALLAH di Malaysia?

3. Tiada sebab lain: hanya kerana beberapa kerat pemimpin Melayu islam yang memberi muka dan membiarkan mereka besar kepala. Tahniah YB Khalid dan PAS juga serta beberapa pemimpin melaytu / islam dalam PKR. Tahniah atas sumbangan anda.

4. Selepas ini YB Khalid boleh cadangkan kepada semua agama di Malaysia iaitu Allah untuk agama Hindu dan Allah untuk agama Buddha dan Allah untuk agama Bahai. Kalau ikut tafsiran YB Khalid ini tak salah. Juga boleh tukar kuil , gereja, tok kong kepada masjid, Sami-sami dan paderi boleh menggunakan perkataan haji, boleh guna juga perkataan quran untuk kitab suci kristian, buddha, dan hindu, boleh guna perkataan solat untuk sembahyang bagi semua agama dan semua boleh lah. Liberal katakan. Apa salahnya. Betul tak YB. Betul apa!

5. Renunglah pengundi muda. Adakah pemimpin jenis ini yang kita mahukan? Mereka ini hanya pelacur jalanan . Tak lebih dari itu. Tahniah YB Khalid, tahniah PAS dan tahniah pemimpin Melayu / islam dalam PKR terutama pemimpin islam liberal kita DSAI. Tahniah DSAI. Inilah sumbangan besar anda kepada islam di Malaysia.

6. Tahniah, tahniah, tahniah atas keliberalan anda. Nasib baiklah ada YB Zulkifli Nordin . Lihat pandangannya yang menarik di KLIK. Dia bukan pelacur politik seperti YB Khalid Samad. Tahniah YB Zulkifli kerana tidak melacurkan agama untuk politik. Yang lain semuanya pelacur dan dayus. Pemimpin lain semua dayus dan tidak bertelor. Kerana politik, agama sanggup dipermainkan dan digadai. Mana pejuang-pejuang dan ulama PAS? Kecuali Taib Azamuddin. Yang lain hanya ulama jahat, yang langsung tidak bersuara dalam isu yang sepertin ini. Lain kali jangan cakap le hal agama dan menunjuk alim dan sebagainya. Semuanya sampah sarap. Semua ulama jahat.

15 comments:

  1. Salam PG, mengapa puak-puak PAS seolah-olah terpaku dengan desakan ini....... kerana kuasa dan jawatan..... inilah perjuangan Islam PAS untuk menipu umat Islam.... mana perginya suara Tantawi pakar peruntuh rumahtangga orang..... senyap bacul juga sudahnya...

    ReplyDelete
  2. Wahai orang Islam M'sia,
    Sedarlah siapa yang melacurkan agama Islam kita kpd orang2 Kafir?
    Di PRU13 nanti, pilihlah wakil rakyat dgn lebih berhati2 jika mahu selamat di dunia dan di akhirat.
    Allah hu Akbar!
    Allah hu Akbar!
    Allah hu Akbar!

    ReplyDelete
  3. Salam Penghuni Gua...Satu lagi keistemweaan Islam dicabar...Kepada SEMUA UMAT MELAYU ISLAM..Lihatlah kalau kita berpecah kaum lain ambil peluang untuk mencabar hak istemewa kaum Melayu kerana kaum Melayu dah kurang kuasa...Cuba bayangkan kalau kaum lain berkuasa, apa akan jadi pada Melayu/Islam di Malaysia ini..BERSATULAH MELAYU TAK KIRA DALAM PAS, PKR, UMNO DAN LAIN-LAIN...BERSATULAH...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, Subhanallah, Allahuakbar.. barua kafir Laknatullah. Kenapa PG ucap tahniah?? Pelacur2 ni patut dilondeh di khalayak dan lihat masih bertelo atau dah termasuk dah.

    Balasan Allah SWT amat pedih, ingatlah manusia.

    ReplyDelete
  5. SLM BRO..SEMOGA 'KEMENANGAN' FATHER KHALID INI AKAN MENJADI KEMENANGAN MUTLAK KPD KITA PD PRU13 NNTI..INSYALLAH

    ReplyDelete
  6. pengundi muda sdang memerhati..dan tak lama lagi kami akan membuat keputusan.

    ReplyDelete
  7. aku takut YB Zul 2X5 jugak...depan kata lain, belakang lain lak...masing-masing nak cari populariti...kita tengok je ape riaksi pimpinan PAS tentang isu ni...

    paling mudah nak mengelak, PAS akan kata salah kerajaan BN...itu dah pasti...celaka punya YB Khalid...malang penduduk Shah Alam dapat YB berpakaian ISlam, hati kristian...

    ReplyDelete
  8. Assalamu alaman Ittaba'a al-huda.

    Keputusan yang baik. Kerana dalam al-Qur'an pun menyatakan agar umat bukan Islam mengakui Islam kerna menyembah Allah yang sama seperti yang mereka sembah.

    Sila Ziarah Ke Blog:

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Aisey En.Azbafara,kenaper la kome tu kulop bebenor,tak reti ke bila orang berbahasa sinis,ish,ish,kalu camni payah le nak gi jauh sikit,coba-coba la baca apa yg tersirat,tak gitu PG? Maap yea,teman ngusek sikit.BTW, si Khalid ni la yg dok sebok nak baca kotbah Jemaat kat Shah Alam tu,gamaknya dia nak nyebut 'Allah the Holy Father' bila berkotbah kot?

    ReplyDelete
  10. Salam PG...sepatutnya semua org Islam bersama dalam menghadapi kemelut ini. kalau tak mampu lawan dengan pedang lwn dengan hati...ini negara Islam apa nak takut...tapi 1000x malang ada juga Islam tak tulin, org ini patut keluar dari sini. Kita kena jaga identiti Islam sbb Allah dan Islam adalah sedaging. Fikirkanlah pemimpin sebegini tak patut disokong.

    ReplyDelete
  11. 25. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahuinya. ( Surah Luqman 31:25 )


    83. Sesungguhnya telah dijanjikan orang kepada kami dan bapa-bapa kami dahulu, seperti ini. Ini tidak lain, hanya dongeng-dongeng orang dahulu.

    84. Katakanlah : Kepunyaan siapakah bumi dan orang yang diatasnya, jika kamu mengetahui ?

    85. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu mendapat peringatan ?

    86. Katakanlah : Siapa yang mempunyai tujuh langit dan yang mempunyai arasy yang maha besar ?

    87. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu takut kepadaNya ?

    88. Katakanlah : Siapa yang ditanganNya kepunyaan tiap-tiap sesuatu, sedang Dia memeliharakan dan tiada dipeliharakan, jika kamu mengetahui ?

    89. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Mengapa kamu mahu tertipu ?

    90. Bahkan Kami telah datangkan kebenaran kepada mereka, tetapi mereka berdusta. ( Surah Al-Mukminun 23:83-90 )

    61. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, mereka menjawab : Allah. Maka kemanakah mereka berpaling ?

    63. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang telah mati, mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada memikirkan. ( Surah Al-Ankabut 29:61 dan 63 )

    86. Yang mereka sembah, selain daripadaNya, tiadalah mempunyai syafaat, kecuali orang-orang yang mengaku dengan kebenaran, sedang mereka mengetahui.

    87. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab, Allah, maka bagaimanakah mereka berpaling ?

    88. Dan katanya : Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka ini kaum yang tiada beriman. ( Surah Az-Zukhruf 43:86-88 )

    1. Surah Al-Mukminun 23: ayat 84-89
    2. Surah Al-Ankabut 29: ayat 61 dan 63
    3. Surah Luqman 31: ayat 25
    4. Surah Az-Zukhruf 43: ayat 87-88

    ReplyDelete
  12. Kalau bijak pandai MELAYU ISLAM diShah Alam Masih lagi mengundi 'BABI' ni masa PRU13 memanglah ....tak usah nak komen panjang2.Guna hukum akal dah cukup..

    ReplyDelete
  13. father kalid ni antara pengkianat islam...
    bertaubatlah wahai kalid..

    ReplyDelete
  14. Keh keh keh keh

    "perkataan Allah bukan milik umat islam sahaja tapi semua patut menyembahnya"

    Pada pandangan khalid gereja tak salah jika agama2 selain islam wujud asalkan mereka bertuhankan Allah SWT...

    Walaupun Al-Quran jelas menyatakan bahawa tiada agama yang diredhai Allah selain dari Islam,dan sesiapa yang mecari selain islam akan sesat selama lamanya.

    Selepas ini aku tak rasa hairan kalau penganut kristian, buddha dan hindu akan ajak umat islam menganut agama mereka atas alasan "kita sama sama menyembah Allah SWT"

    Langkah-langkah awal pluralisme agama telah pun berjaya. Tahniah Khalid gereja!!!

    TAKBIRRRRRR!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. Saya sedikit tak hairan kenapa "mereka-mereka" membenarkan nama Allah Yang Suci dijadikan wang untuk membeli undi.Sedangkan orang melayu sekarang ni dah ramai terpesong dan keluar Islam.Mungkin "mereka-mereka" adalah orang yang tergolong atau terlalu ghairah dengan kuasa sehingga Allah di perdagangkan.
    Kita patut padamkan api yang hidup dalam sekam.
    Buang terus gunting-gunting yang berada dalam lipatan.
    Kita patut ingat dan fikir-fikirkan,
    Apakah janji-janji "mereka-mereka" kepada sponsor-sponsor mereka seandainya "mereka-mereka" dapat memerintah malaysia.

    Sanggupkah kita melihat........?
    Sanggupkah kita mendengar sana sini ........?
    Sanggupkah kita merasainya ........?

    Yang mana saya nampak adalah kemusnahan.
    1)Mungkin suatu hari nanti rumah-rumah pelacuran diberi lesen yang mana saudara-saudara perempuan anda bekerja kat situ.Sanggupkah anda terima?
    2)Perkahwinan sejenis dibenarkan.Kalau anda kaki buntut pasti bagus undang-undang tu dilaksanakan.
    3)Tak ada lagi jabatan agama islam menangkap pasangan berkhalwat,masa tu boleh buat anak haram banyak-banyak dan boleh jual.

    Renung-renunglah saudara-saudara ku jalan mana yang kamu nak ikut.
    Ketahuilah oleh anda semua Islam akan bangkit dari sebuah negara yang terletak di sebelah timur.Negaranya kecil aje.Ingat-ingatlah.
    Jagalah negara kita sebagai sebuah negara islam,kekalkan islam yang ada dan perbaiki perbuatan dan pemikiran kita agar negara kita terpilih.

    Sejarah orang-orang melayu dijajah pada zaman dahulu adalah disebabkan ada "mereka-mereka" yang menjadi talibarut penjajah.Kekuatan kita telah didedahkan oleh "mereka-mereka".
    "Mereka-mereka"lah yang bagi laluan kepada penjajah tersebut.

    OLEH ITU SAYA MINTA JANGAN LUPA PADA SEJARAH.
    DAN
    JANGAN MINTA DIULANGI LAGI.

    Sekian Terima Kasih Kerana Sudi Membacanya.
    Kpd PG dan semua tolong beri pandangan pada penulisan ini takut-takut ada yang terlampau dan menyalahi undang-undang.
    Maklumlah takut terjajah(masuk jail)

    ReplyDelete

PETA PELAYAR