FOLLOWERS

Tuesday 27 October 2009

BLOGGERS PAS : NIK ABDUH SAHKAN MEREKA PEMBOHONG DAN PEMFITNAH !


Dipetik dari blog : Nik Abduh Nik Aziz


........................................Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.............................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nik Abduh mungkin baru sedar. Mungkin kerana beliau masih muda. Macam kami yang lebih tua dan sudah lama bergelumang dan bergaul dengan kumpulan ini: inilah sifat sebenar nya. Bukan aje Bloggers , ia termasuk pemimpin dan pendokong PAS juga.

2. Buka mulut aje, tak ada kerja lain. Fitnah dan memaki hamun sesama islam dan mengkafirkan sesama islam. Merekalah lebih islam dari yang lain.

3. Pandangan anak TGNA Aziz tersebut memang benar. Bukalah semua blog-blog pendokong PAS. Tak ada lain. Hanya memaki hamun dan fitnah. Contoh terbahru ialah semasa PRK Bagan Pinang. Isu seorang ahli PAS di tetak dan cedera parah. Semua bloggers menyerang BN dan UMNO habis-habisan. Akhirnya semua fitnah dan bohong.

4. Ada ke mereka pernah minta maaf? Sehingga si Tantawi yang berserban sebesar bakul tu ajak semua penyokong PAS datang beramai-ramai ke Bagan Pinang agar berjihad. Maki hamun nya jangan cakap lah.

5. Nak komen lain malas le. Tetapi kalau nak dibanding dengan pemimpin negara seperti Tun Hussain Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Dato Najib, tak pernah pula PG mendengar mereka ini bercakap kasar dan memaki hamun orang sejak PG hidup ini. Tetapi Bloggers-bloggers dan pemimpin PAS ini yang semuanya berserban berbakul besarnya dengan siap tanda hitam di dahi : mulut dan hati mereka ..... MasyaAllah.

6. Nasihat PG kepada bloggers PAS ini, sebelum nak menulis dan memfitnah tu, buang segala ayat suci dan berbagai hadith pada blog masing-masing serta lambang serban, jubah dan kaabah yang terpampang di blog masing-masing. Kalau fitnah pun , tak ada dan kurang lah sikit kerosakkan kepada nama islam itu. Buat malu aje.

7. Yang PG paling tak suka tentang bloggers mereka ini kalau mengambil atau memetik paparan dari blog orang lain, langsung tidak ditulis diambil dari mana. Alih-alih seperti mereka yang tulis. Perbuatan mereka ini amat hina. Mereka memaparkan semula posting tersebut seolah mereka lah yang tulis.

8. Menyampah.

6. Terima kaseh Nik Abduh kerana mengesahkan apa yang telah kami tulis selama ini. Maknanya PG tak fitnah pun sebelum ini. Semuanya benar.

8 comments:

  1. anak nik ajis ni patut tarbiahkan bapak dia sekali...bukan pengikutnya saje...sebab ape yang bapak dia cakap, mudah sangat ditaati oleh penyokong yang taksub...percaya bulat-bulat dengan ape juga pandangan & tulisan nik ajis...penyokong macam ni yang bahaya...

    sampai ada penyokong fanatik PAS yang kata, Nik Ajis ni terlalu sempurna segalanya, kiranya tahap nik ajis tak boleh dibanding dengan yang lain??lebih tinggi dari menara KLCC ni...sampai macam tu taksubnya beliau pada Nik Ajis...bukan sekadar aku tulis, baru ni ada blogger yang copy paste komen seorang penyokong kuat PAS tentang mamat Ajis ni...

    aku harap sangat tuan punya blog kalau ada pemilik blog lain yang simpan benda ni, harap dimasukkan kedalam blog anda, supaya biar ramai yang tahu betapa bahayanya ketaksuban melampau terhadap nik ajis...

    ReplyDelete
  2. Salam saudara Arif,

    Pertamanya mahu menyatakan pautan ke blog Nik Abduh yang saudara buat tidak berjaya. Ini pautan yang sebenarnya....

    Blog Nik Abduh


    Keduanya, adakah kata2 anak N.Ajeh tu akan diikuti oleh blogger2 yang terlalu taksub dengan Tok Guru mereka itu??? Saya harap dan doakan begitulah.

    Sepatutnya perpaduan sesama Melayu dan Islam harus diperkuatkan lagi supaya bangsa lain tidak boleh memperkotak-katikkan kita. Bukannya asyik menuduh orang lain tidak Islam, orang lain tak betul dan yang betul hanya gologan sendiri sahaja. Adakah itu yang disampaikan oleh nabi junjungan kita, Nabi Muhamad SAW selama ini??? Wallahualam.....

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..DAH LUMRAH BLOGGER2 PAS NI LEBIH SUDU DARI KUAH. BAGI FAKTA APE PUN DIORANG SPIN NGALAHKAN URI GASING!. DASAR PEMBONGAK!

    ReplyDelete
  4. Dalam bab FITNAH ni, BPN yang Arif Omar sokong pun tidak kurang hebatnya. Terlalu banyak tetapi tidak mahu mengaku.

    Bila Nik Abduh kata bloggers PAS banyak FITNAH, semua pakat sokong. Semua kata BETUL TU!. Bila rakan-rakan sendiri buat posting FITNAH, semua juga pakat sokong.

    Penyokong satu pihak buat FITNAH. Penyokong satu lagi pihak pun buat FITNAH. Maka berleluasalah FITNAH. Hiduplah kita bergelumang FITNAH.

    Akhirnya mana-mana pihak yang menang pun, kita semua yang rugi. Kita semua kalah. Kalah dalam kemenangan.

    ReplyDelete
  5. Salam bro, agak-agak adakah orang macam Mahfuz, Salahuddin, Husam dan banyak lagilah dalam PAS ni nak mengaku ye........ kalau dalam PKR lagilah pulak, lebih-lebih lagi si Nuar tu, dahlah peliwat, bapak pembohong pulak tu...

    ReplyDelete
  6. Ya, blog ini pun adalah salah satu daripada BLOG PEMFITNAH BESAR.!!!

    ReplyDelete
  7. Blog dari blogger PAS banyak yang buat cerita fitnah. Tetapi blogger UMNO tak pernah buat cerita tanpa fakta dan menabur fitnah contohnya blog parpukari. Cerita dan isi didalamnya penuh tertib dan tidak pernah mengeluarkan perkataan memaki hamun. Manakala contoh yang seterusnya ialah blog jeffry. Semua gambar2 yang termuat dan dipaparkan adalah gambar menutup aurat. Tiada satu pun gambar yang mengaibkan. Betul tak arifomar.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR