FOLLOWERS

Monday 12 October 2009

PRK BAGAN PINANG : DAH KALAH TU , DIAM AJE LE !



Setelah Tan Sri Isa menang PRK Bagan Pinang berbagai tajuk dan ulasan keluar dari mulut pemimpin dan bloggers penyokong PR. Di antara lain ialah :

1. UMNO menang di Bagan Pinang tapi kalah menentang rasuah. ( Salahuddin Ayub )
2. Antara maruah dan rasuah. UMNO hanya menang rasuah tapi kalah maruah. ( YB Siti Mariah ).
3. . Pengundi Bagan Pinang pilih rasuah dari maruah. ( Dr Lo Lo ).
4. Kalah dalam menang. Menang menentang rasuah ( Ustat Al Mahfuz ).
16. Dan banyak lagi le yang lain.... ..................lebih kurang sama aje le.......................
Dan berbagai lagilah ulasan mereka ini untuk mengubati kekecewaan PAS kalah di Bagan Pinang.

2. Sudah kalah tu, sudahlah. Apa nak bising-bising lagi. Terimalah dengan hati terbuka. Lihat kelemahan diri sendiri. Jangan asyik menuding jari bagi meletakkan kesalahan pada orang dan parti lain. Tidak bijak namanya. Takkan pengundi Bagan Pinang ( seramai 8 ribu lebih memilih ISA ) bodoh sangat .

3. Mereka bukan pilih calun sahaja . Mereka juga akan melihat parti. Melihat dasar pejuangan yang meyakinkan mereka atau tidak. Bukan pengundi Bagan Pinang buta huruf.

4. Cukuplah-cukuplah memperbodohkan pengundi. Pengundi ini pun ada otak dan fikiran malahan lebih cerdik dari anda dan kita semua. Adat pertandingan, ada lah kalah menang. Jadi bila kalah dan mahu bangkit kembali , kita semua perlu melihat faktur dalaman dahulu. Dalam mana-mana pertandingan sukan umpamanya, ahli-ahli sukan terkenal akan memberi faktur kekuatan dalaman dan kekuatan untuk memperbaiki diri sendiri dan melawan diri sendiri itu adalah faktur utama kekuatan dan kemenangan mereka.

5. Dah kalah , diam aje le. Ada lagi PRK selepas ini. Kalau tak ada pun, PRU tak lama lagi akan menjelang. Jadi dari sekarang , semua parti baik merangka strategi masing-masing bagi mencapai kejayaan. Asyik menyalahkan orang lain tak akan membawa ke mana.

6. Kalau nak bercakap dan memberi pandangan pun, biarlah sepadan dengan keterampilan kita. Ini songkok dan kopiah, tanda hitam lebam di dahi , jubah menyapu tanah, tetapi mulut : Ya Allah , mengalah kita semua yang berpakaian dan berketerampilan biasa ini.

.................................Dengan ulasan-ulasan dan pandangan sebeginilah maka pengundi-pengundi di kawasan lain pun makin jauh hati dengan PAS dan PR, seolah mereka bodoh semuanya kerana tidak memilih parti dan pakatan mereka. Tak berfikir ke pemimpin mereka ini?
Nota : Untuk lebih jelas lihat kritikan pendokong PAS terhadap kepimpinannya di SINI.

14 comments:

  1. Yg kalah kena ambil iktibar..
    Yg menang pulak tak perlulah berlebih-lebih mendabik dada...
    Masing2 kena check semula dan berterusan ..apakah selama ini kehendak rakyat sudah didahulukan..
    atau sekadar memenuhi korum dgn kroni sahaja...
    Masih belum terlambat utk semua..

    ReplyDelete
  2. sudah adab mereka mencilok keterangan yang benar lagi bersuluh dan memanipulasi untuk kepentingan politik mereka.Keberanian orang Bagan Pinang harus dipuji.berani mengatakan bahawa pas adalah parti,bukan agama.

    ReplyDelete
  3. tentu sukar bagi kerajaan mendahulukan rakyat, jika ada rakyat tertentu yang "membabikan" kerajaan. isu kroni atau KKN ciptaan anwar pada 1998 selaras dengan pembaharuan kuasa di indonesia pada masa tersebut melalui amein rais.Dahulu Tun mahatihr mengeluarkan semua nama-nama penerima kontrak kerajaan termasuk bapa anwar ibrahim. TGNA menafikan ada kronisma dalam islam.Beliau pertahankan kronisma menantu beliau dalam PMBK. senang menuduh sana-sini kroni, tapi betulkah begitu?

    ReplyDelete
  4. macam aku dulu la ni nak sokong pas...konon2 parti yg memperjuangkan islam..
    tapi dengan fakta2 dan pengalaman aku...
    akhirnya aku tolak parti ini mentah2 dan sori la aku cakap... kalau boleh aku nak bungkus aja parti ini...
    merosakan maruah islam dan memecah belah kan umat islam...mereka2 ini faham ke islam itu apa???

    ReplyDelete
  5. SLM BRO...MMG PAHIT DIORANG NAK TELAN KEKALAHAN KALI NI SBB RATA2NYA BERMULA DARI KETUA PENYANGAK SAMPAI LE KE PENCACAI PENYANGAK MATI2 INGAT BLEY MENANG MUDAH..TP TENGOK LA APE DH JADI?..LANDSLIDE VICTORY TUU!!..SEB BAIK WANG PERTARUHAN X LESAP!..LG SATU DIORANG INGAT PENGUNDI2 BP BOLEH DI DUNGU2KAN SESUKA HATI. TAPI KEBANYAKAN PENDUDUK KAT SINI DH LAMA CELIK IT BEB HUHUHU..APE PUN TAHNIAH KAT TS ISA..IDOP BN!...IDOP UMNO!

    ReplyDelete
  6. "Ini songkok dan kopiah, dahi hitam lebam..."

    Saya suka nak komen sikit part dahi hitam lebam tu... Ayah saya pernah belajar dari seorang orang alim. Orang alim ini sudahpun meninggal dunia. Alhamdulillah, selepas beliau meninggal, kuburnya wangi. Juga orang Port Dickson dan bekas ahli majlis fatwa.

    Pak Tuan pernah memberitahu dalam kuliahnya bahawa orang yang mempunyai tanda hitam di dahi (yang bukan disebabkan oleh parut kecederaan) bukanlah kerana dia rajin bersujud. Tetapi dahinya menjadi hitam kerana solatnya dilempar semula ke dahi, kemungkinan kerana solat itu dikerjakan BUKAN KERANA ALLAH (mungkin untuk dapatkan pujian dari orang ramai etc.). Niat kena betul, brader..

    Cuba kita renungkan - Tan Sri Harussani Zakaria dan Ustaz Asri Zainal Abidin. Ada tak tanda hitam kat dahi mereka?

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. biasalah YB PAs dah hidaup senang lenang dgn mcm2 duit yg masuk poket.... so bila org xundi Pas.. dia mula kelam kelibut, sbb takut nanti PRU akan dtg dorang x jadi Yb , abislah duit dlm kantung... tu jer yg dorang tau....

    yg kelakar ada pula tetiba nak jadi jaguh dlm Pas, semboyan jihad konon kt bagan pinang , nak buat gimiklah mcm amanat hadi , agar nama disebut2....konon berani ....

    anti penipu

    ReplyDelete
  8. salam

    pasal dahi hitam tu sbb solat hanya Allah sahaja yg tahu, tapi apa guna kalau dahi hitam hati pun hitam.... xkisahlah dahi ada hitam or xde yang penting kena ikhlas.....

    ReplyDelete
  9. yess!!akhirnya baru senyap mulut2 mereka-mereka ni tuan!

    ReplyDelete
  10. biasalah geng..dah kalah, disogokkan 1001 alasan untuk tutup kelemahan...kalau PR menang takdanya menyalak macam ni...BN menang @ kalah, komen yang PR berikan, sama je...memang PR takut kepada kekalahan...takut hilang jawatan...

    rakyat dah dapat menilai ape yang sepatutnya mereka buat untuk PRU ke 13 nanti...buat kem BN, kerja kuatlah selepas ini, jangan menang di Bagan Pinang, macam dah dapat balik negeri yang jatuh ketangan keparat PR dulu...cuma PERAK je teknikal, senang cakap, memang pemimpin PR kat PERAK bodoh...dari MB sampailah ke EXCO...semua kena cucuk hidung dengan DAP...dah tak tahu memerintah, tulah balasan...tuhan tu bagi pinjam kejap je...

    pasni kot selangor lak jatuh...BN & komponannya kena kerja kuat selepas ini...YB dari BN jangan hal pulak...ni masa untuk anda bekerja untuk rakyat...

    ReplyDelete
  11. Elok le tu....udah le kalah kena belasah lagi.huhuhu...sudah jatuh ditimpa tangga, batang hidung kena taik ayam.hehehe

    ReplyDelete
  12. Salam Sahabat,
    Saya link blog ini dari posting saya hari ini sebagai tanda perhasabat antara kita yg berkekalan. Semoga kita mendapat manfaat darinya ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  13. Apa nak jadi ngan dunia ni..:)

    ReplyDelete
  14. depa yang haprak ni juga yang cipta slogan 'suara rakyat suara keramat'. pandai retorik dengan slogan tapi tak pernah praktikkan apa yang dislogankan.

    bila kalah, tuduh macam-macam. yang kononnya lebih islam dari orang islam lain dah jadi lebih kafir dari orang kafir.

    penjubur dan perasuah pun depa sembah. ada hati nak tuduh orang lain.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR